269 calon dapat semua A di Pahang


KUANTAN 16 Mac – Seramai 269 pelajar atau 1.14 peratus daripada 18,988 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini memperoleh semua A iaitu A+, A dan A- dalam keputusan peperiksaan itu yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, jumlah itu menurun berbanding 306 calon yang memperoleh keputusan sama untuk 2015.

“Bagaimanapun, Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat sebanyak 0.06 kepada 4.88 berbanding 4.94 pada tahun sebelumnya.

“Pada keseluruhannya, pencapaian sekolah yang mendapat 100 peratus layak mendapat sijil ialah sebanyak 31 buah,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4797510]

Facebook Comments