AS bersama negara sekutu hadapi Korea Utara


SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson. – Foto Reuters

TOKYO: Washington memberi jaminan akan bersama negara sekutunya dalam menghadapi ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Mesej ini disampaikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, kini berada di Tokyo, dalam siri jelajah Asia pertamanya.

Beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Menteri Luar, Fumio Kishida.

Tillerson turut menyampaikan salam Presiden Donald Trump yang mencetuskan kekecohan pada kempen pilihan raya presiden tahun lalu, apabila meminta sekutunya melakukan lebih baik untuk mempertahankan negara masing-masing.

Bagaimanapun, Tillerson dijangka mengesahkan sokongan kepada Jepun dan Korea Selatan yang bakal dikunjunginya esok, sebelum menuju ke China, Sabtu ini.

Dalam lawatannya itu, beliau dijangka mendesak Beijing supaya meningkatkan tekanan ke atas rejim Kim Jong-un untuk menghentikan program nuklear dan senjata balistik sebelum menyertai rundingan damai. – AFP

(BHONLINE)

[4797434]

Facebook Comments