UNHRC digesa buat ‘perubahan besar’ keahlian


REX Tillerson. – Foto REUTERS

PBB (NEW YORK): Setiausaha Negara, Rex Tillerson memaklumkan kumpulan hak asasi bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri daripada menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), kecuali ia melaksanakan ‘perubahan besar’.

Maklumat itu terkandung dalam sepucuk surat yang diperolehi oleh AFP, semalam.

Amerika Syarikat dipilih menganggotai UNHRC yang mempunyai 47 anggota, selama tiga tahun berakhir pada 2019.

UNHRC adalah agensi utama PBB bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia.

Dalam surat yang ditujukan kepada lapan kumpulan hak asasi, Tillerson berkata, pentadbiran Amerika Syarikat akan terus mengkaji keberkesanan UNHRC, yang sedang mengadakan mesyuarat di Geneva.

“Kami mungkin tidak berkongsi pandangan yang sama dalam hal ini, berhubung keahlian majlis.

“Memandangkan ia mungkin satu-satunya pertubuhan yang memberi tumpuan kepada isu hak asasi manusia, Majlis Hak Asasi Manusia perlu mengadakan perubahan besar supaya kami boleh meneruskan keahlian,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada China dan Cuba yang turut menganggotai UNHRC. Amerika Syarikat mengkritik rekod hak asasi manusia kedua-dua negara itu. – AFP

(BHONLINE)

[4797170]

Facebook Comments