Oblak wira kemaraan Atletico ke suku akhir Liga Juara-Juara


MADRID 16 Mac – Penjaga gol Jan Oblak muncul wira dalam membantu Atletico Madrid meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Bayer Leverkusen hari ini, sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut-turut menerusi kemenangan 4-2 secara agregat.

Oblak cemerlang setiap kali Leverkusen hampir menjaringkan gol, menyaksikan tindakannya itu menjadi penyelamat untuk Atletico mempertahankan bekalan 4-2 yang mereka raih sewaktu di pusingan 16 terkahir pertama, 22 Februari lalu.

Oblak menyelamatkan gol secara menakjubkan sebanyak tiga kali di penghujung babak kedua, menyaksikan harapan untuk Jerman melihat kelab Leverkusen mara ke suku akhir musnah.

“Ada kalanya anda berjaya menyelamatkan gawang gol daripada dibolosi sebanyak tiga kali, namun kadang-kadang mereka berjaya menjaringkan gol dengan percubaan pertama.

“Sukar untuk saya menjelaskannya, saya nampak bola dan cuba menepisnya. Saya bertindak balas dengan cepat dan semuanya berjalan dengan lancar bagi saya,” kata Oblak. AGENSI

(Utusan Online)

[4797014]

Facebook Comments