Guardiola berang pemainnya kurang agresif, karisma

MONACO 16 Mac – Daripada menyalahkan pertahanannya kerana melepaskan gol mudah, jurulatih Manchester City, Pep Guardiola bagaimanapun menegaskan kurang agresif dan karisma antara faktor pasukannya tewas 1-3 kepada Monaco dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.

GUARDIOLA berang dengan pemainnya yang kurang agresif dan karisma sehingga menyebabkan Manchester City tersungkur di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, hari ini.- Reuters

City mencatat kemenangan 5-3 sewaktu di pusingan 16 terakhir pertama dan menjadi pilihan untuk mara ke suku akhir, Monaco sebaliknya lebih bersemangat dengan meledak dua gol menerusi Kylian Mbappe Lottin dan Fabinho dalam tempoh 30 minit permainan bermula, sekali gus menyamakan agregat 5-5.

Leroy Sane kemudian meletakkan semula City di depan pada minit ke-71, sebelum enam minit berselang, tandukan Tiemoue Bakayoko membantu Monaco ke suku akhir Liga Juara-Juara hasil agregat 6-6 menerusi gol tempat lawan.

Monaco dilihat banyak membuka ruang untuk City menyerang, namun Guardiola mengakui barisan trio hadapannya iaitu Sergio Aguero, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling gagal memanfaatkan peluang tersebut.

“Ia bukan disebabkan barisan pertahanan. Tetapi penyerang kami yang sepatutnya perlu lebih agresif dan pergi mendapatkan bola. Ternyata kami tidak berupaya. Itu sebab kami terkandas.

“Kami juga perlu agresif pada ketika bola tiada di kaki kami. Kami agak lembab secara keseluruhannya, yang mana ia penyebab kami mudah melepaskan bola dalam saingan bertaraf Eropah ini,” katanya. – AGENSI

(Utusan Online)

[4796918]

Facebook Comments