Turki ‘usir’ lembu Belanda gara-gara krisis diplomatik


ISTANBUL 15 Mac – Seorang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turki mengarahkan supaya lembu-lembu dari Belanda dihantar pulang ke negara itu ekoran krisis diplomatik yang melanda kedua-dua negara ketika ini.

Ketua Persatuan Pengeluar-Pengeluar Daging Merah Turki, Bulent Tunc memberitahu media tempatan bahawa pihaknya bersedia menghantar kira-kira 40 ekor lembu jenis ‘Holstein Friesian’ kembali ke Belanda sebagai simbolik teradap krisis tersebut.

“Lembu-lembu dari Belanda ini memang popular di sini (Turki), namun, baka ini dilihat mula ‘mencetuskan masalah yang serius’.

“Kami mungkin tidak akan mengambil produk atau haiwan dari Belanda lagi untuk diternak di sini pada masa depan kerana kami juga memiliki lembu yang mempunyai baka berkualiti,” katanya.

Tambah Tunc, jika kerajaan Belanda enggan menerima lembu-lembu itu semula, pihaknya mungkin akan menyembelih dan mengagih-agihkan daging lembu tersebut kepada sesiapa sahaja yang mengingininya. -AFP

(Utusan Online)

[4796818]

Facebook Comments