Stesen penyiar Tanzania gantung kakitangan siar berita palsu mengenai Trump


DAR ES SALAAM 15 Mac – Stesen penyiar Tanzania, TBC, dilaporkan menggantung perkhidmatan sembilan kakitangannya kerana menerbitkan berita palsu mengatakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji prestasi Presiden negara ini, John Magufuli.

Menurut BBC News yang memetik laporan berita tersebut, Trump menggambarkan Magufuli sebagai ‘hero Afrika’ berbanding pemimpin lain yang didakwanya ‘tidak melakukan apa-apa’.

TBC dalam kenyataannya kemudian mengakui bahawa laporan berita itu diterbitkan tanpa mengikut prosedur editorial yang betul serta tidak mendapat pengesahan sebelum disiarkan.

Magufuli sebelum ini dikenali sebagai ‘Bulldozer’ kerana ketegasannya termasuk ketika melancarkan perang terhadap rasuah yang menyaksikan beliau menerima sokongan daripada pelbagai pihak. – AGENSI

(Utusan Online)

[4796808]

Facebook Comments