Jahanam punya bapa


Texas: Seorang lelaki yang sanggup melacurkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun selepas mengetahui remaja itu pernah melakukan hubungan seks, dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun.

Selama empat bulan, lelaki itu, Scott Robinson, 46, membawa anaknya itu ke perhentian lori dekat rumahnya di Baytown, di sini, dan memaksa remaja itu menjual tubuhnya.

Menurut remaja itu kepada polis, dia mendapat beberapa pelanggan dalam satu malam dan bapanya mengambil semua wang diperolehinya.

Lelaki itu juga memaksanya mengiklankan perkhidmatan seksnya dalam satu laman web.

Menurut kenyataan Peguam Daerah Harris yang dikeluarkan Selasa lalu, dalam perbicaraan minggu ini, mahkamah mendapati Robinson bersalah kerana menganjurkan pelacuran selepas dia ditahan oleh polis yang menyamar sebagai pelanggan pada 2015.

Rekod juga menunjukkan lelaki itu mempunyai banyak rekod jenayah, termasuk memilik dadah, pecah masuk premis, menceroboh dan mencuri kenderaan.

Dia menawarkan perkhidmatan seks oleh anaknya itu kepada anggota polis berkenaan dengan bayaran AS$280 (RM1,244).

Ibu tiri dan abang tiri mangsa juga didakwa kerana bersubahat, malah abang tirinya itu juga menjadi pemandu menghantarnya bertemu pelanggan. – DM

According to the statement released Tuesday by the Harris County District Attorney’s Office, Robinson told her that if she was going to act like a prostitute she might as well be one.

(myMetro)

[4796739]

Facebook Comments