Hawaii tolak sekatan perjalanan Trump


Hawaii: Beberapa jam sebelum arahan eksekutif sekatan perjalanan pemegang pasport enam negara Islam oleh Presiden Donald Trump dilaksanakan, Hakim Persekutuan di Hawaii menangguhkan pelaksanaan itu.

Menurut Los Angeles Times, Hakim Daerah Derrick Watson membuat keputusan itu berikutan permohonan daripada kerajaan negeri Hawaii yang membantah pelaksanaan peraturan itu.

Minggu ini, Peguam Negeri Hawaii, Doug Chin, mengumumkan negeri itu sudah memfailkan saman mencabar sekatan perjalanan Trump itu.

Lebih enam negeri cuba menghalang sekatan perjalanan itu dengan mahkamah di Maryland, Washington dan Hawaii memulakan sesi pendengaran.

Hawaii memohon perintah sementara menghalang pelaksanaan sekatan perjalanan itu dengan alasan itu akan menyebabkan penduduk Amerika Syarikat tidak dapat menerima kunjungan saudara-mara dari enam negara terbabit.

Ia juga menyatakan sekatan perjalanan itu akan menjejaskan industri pelancongan serta menghalang kedatangan pelajar dan pekerja asing.

(myMetro)

[4796697]

Facebook Comments