Atletico Mara Ke Suku Akhir


ATLETICO Madrid tidak berdepan sebarang masalah untuk mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut-turut selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Bayer Leverkusen di Stadium Vicente Calderon.

Meskipun sekadar seri tanpa jaringan, Atletico turun pada aksi timbal balik dengan bekalan 4-2 hasil kemenangan di Stadium BayArena, Jerman.

Leverkusen berjaya memperbaiki rentak permainan mereka susulan kekalahan pada aksi pertama 16 terakhir tetapi pujian harus diberikan kepada penjaga golnya, Leno.

Leno berjaya menampan dua percubaan pemain Atletico, Angel Correa dan Koke pada babak pertama.

Kedua-dua pasukan berusaha untuk memecah kebuntuan tetapi keputusan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Penjaga gol Atletico, Jan Oblak turut mencuri tumpuan apabila melakukan dua penyelamatan pada minit kecederaan.

Atletico menyertai seteru jiran dan juara bertahan, Real Madrid serta Barcelona sebagai pasukan dari Sepanyol dalam undian lapan terakhir pada Jumaat.

(mStar)

[4796626]

Facebook Comments