Gold Coast harap penampilan Bolt


MANUSIA terpantas dunia, Usain Bolt tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia tetapi penganjur masih berharap dia akan membuat penampilan di temasya itu. – Reuters

LONDON: Manusia terpantas dunia, Usain Bolt tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia tetapi penganjur masih berharap dia akan membuat penampilan di temasya itu.

“Dia tidak akan menyertai, anda semua tahu mengenainya, tetapi kami cuba untuk memastikan dia datang atas kapasiti lain,” kata pengerusi jawatankuasa penganjur Peter Beattie, semalam.

“(Ketua Eksekutif GOLDOC) Mark Peters sudah berjumpa dengan pengurusnya beberapa kali dan kami akan teruskan perbincangan itu.

“Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk membawa Usain Bolt ke Gold Coast.”

Pelari Jamaica berusia 30 tahun itu, yang melengkapkan tiga gelaran hatrik berturut-turut – 100m, 200m dan 4x100m – di Sukan Olimpik Rio 2016, berkata pada Februari lalu yang beliau tidak mempunyai perancangan untuk meneruskan kariernya melebihi Kejohanan Dunia 2017 di London.

Pada bulan lalu pemegang rekod dunia itu membantu pasukan gabungan antarabangsa All Stars memenangi kejuaraan sulung Siri Olahraga Nitro di Melbourne, Australia. – Reuters

(BHONLINE)

[4796602]

Facebook Comments