Hawaii tangguh larangan perjalanan Trump


HAKIM Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Hawaii, hari ini, mengeluarkan perintah penangguhan sementara pindaan larangan perjalanan Presiden Donald Trump, iaitu beberapa jam sebelum ia dikuatkuasakan. – Foto Reuters

HONOLULU/NEW YORK: Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Hawaii, hari ini, mengeluarkan perintah penangguhan sementara pindaan larangan perjalanan Presiden Donald Trump, iaitu beberapa jam sebelum ia dikuatkuasakan.

Keputusan Hakim Mahkamah Daerah AS, Derrick Watson itu menghentikan arahan eksekutif Trump, yang bertujuan melarang kemasukan sementara sebahagian besar pelarian ke AS, selain pengunjung dari enam negara majoriti Islam.

Watson berkata, Hawaii berpendapat arahan Trump itu bercanggah dengan klausa penubuhan Perlembagaan AS, yang melarang diskriminasi agama.

Pihak pengkritik menganggap larangan itu adalah satu diskriminasi terhadap orang Islam.

Sementara itu, Presiden dari Parti Republikan itu berkata, polisi itu bertujuan menjaga keselamatan negara. – REUTERS

(BHONLINE)

[4796567]

Facebook Comments