Redknapp, Ravanelli mohon jawatan pengendali Ghana


FABRIZIO Ravanelli dan Harry Redknapp.

ACCRA (GHANA): Bekas pengurus Tottenham dan West Ham, Harry Redknapp dan bekas penyerang Itali Fabrizio Ravanelli dikatakan memohon jawatan kosong sebagai jurulatih Ghana, dedah satu sumber daripada pasukan gergasi Afrika itu sebentar tadi.

Redknapp, 70, antara lima calon hangat dilihat bakal menggantikan Avram Grant, yang meletakkan jawatan selepas Ghana menamatkan aksi Piala Negara-Negara Afrika di tempat keempat, baru-baru ini.

Tiga calon lain yang turut mengejar jawatan berkenaan adalah Patrice Carteron dari Perancis dan dua pengendali tempatan Karim Abdul Razak Tanko dan James Appiah.

Carteron, 46, berpengalaman luas dalam bola sepak Afrika, selepas pernah mengemudi Mali daripada 2012 hingga 2013 termasuk kelab Congo, TP Mazembe yang memenangi Liga Juara-Juara Afrika 2015. – AFP

(BHONLINE)

[4796523]

Facebook Comments