Bekas isteri Trump, Ivana tulis memoir besarkan anak


BEKAS isteri pertama Presiden Donald Trump, Ivana. – Foto AFP

NEW YORK: Bekas isteri pertama Presiden Donald Trump, Ivana menulis memoir mengenai kisah beliau membesarkan tiga anak presiden itu, yang dijangka diterbitkan pada September ini.

Penerbitan buku berjudul ‘Raising Trump’ itu diumumkan penerbitnya hari ini.

“Buku itu dikatakan bersifat neutral, bebas politik, bersifat keibuan, mengenai kekuatan dan daya tahan. Ia dijangka diterbitkan pada 12 September,” kata Gallery Books.

Tiga anak pemimpin Republikan itu, Donald Jr, Ivanka dan Eric sering dilihat berada di sisi bapa mereka sepanjang kempen pilihan raya presiden tahun lalu.

Kedua-dua anak lelaki Ivana, iaitu Donald Jr dan Eric masih menetap di New York untuk mengendalikan firma hartanah keluarga, sebaliknya Ivanka sudah berpindah ke Washington serta terus memainkan peranan penting di sisi bapanya.

“Memoir Ivana Trump antara lain menceritakan mengenai ‘ilmu yang diajarkan kepada anak-anaknya’, zaman kanak-kanaknya ketika di era komunis Czechoslovakia, kisah berpindah ke New York, asam garam percintaan dan kejayaan beliau sebagai seorang ahli perniagaan,” tambah Gallery Books. – AFP

(BHONLINE)

[4796512]

Facebook Comments