Monaco singkir Manchester City


PEMAIN Monaco, Tiemoue Bakayoko (kiri) menjaringkan gol kemenangan bagi pasukannya. Perlawanan antara Monaco menentang Manchester City di stadium Stade Louis II, Monaco. – Foto EPA

MONACO: Tandukan Tiemoue Bakayoko membantu Monaco ke suku akhir Liga Juara-Juara hasil kemenangan 3-1 sekali gus menyingkirkan Manchester City menerusi gol di tempat lawan, awal pagi tadi.

Ketinggalan selepas tewas 5-3 di Etihad pada aksi sebelum ini, gol pada babak pertama sumbangan pemain muda, Kylian Mbappe dan Fabinho meletakkan Monaco selesa mendahului pada aksi timbal balik di Stade Louis II.

Gol pada minit ke-71 Leroy Sane kembali memberi kelebihan 6-5 menerusi agregat namun Bakayoko mengembalikan kelebihan tuan rumah selepas menyempurnakan sepakan percuma Thomas Lemar 13 minit sebelum permainan berakhir.

Kemenangan menyaksikan kedudukan agregat terikat 6-6 namun Monaco mara menerusi kelebihan gol di tempat lawan. – Reuters

(BHONLINE)

[4796481]

Facebook Comments