Atletico melangkah ke suku akhir


PEMAIN Atletico Madrid, Jose Maria Gimenez (kiri) menanduk bola dengan pemain pihak lawan Bayer Leverkusen, Admir Mehmedi ketika Liga Juara-Juara. Kemenangan berpihak pada pasukan Atletico Madrid di stadium Vicente Calderon, Madrid, Sepanyol. – Foto AP

MADRID: Naib juara tahun lalu, Atletico Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Bayer Leverkusen dengan kemenangan 4-2 secara agregat.

Atletico yang turun pada aksi timbal balik dengan bekalan 4-2 hasil kemenangan di Jerman, seri tanpa jaringan di Vicente Calderon awal pagi tadi.

Atletico menyertai seteru tetangga dan juara bertahan, Real Madrid serta Barcelona sebagai wakil Sepanyol dalam undian lapan terakhir esok.

– AFP

(BHONLINE)

[4796419]

Facebook Comments