F1 lebih lebar lebih laju


London: Formula Satu (F1) melalui fasa perubahan utama apabila kereta dan tayar digunakan musim ini lebih lebar menampilkan wajah baru serta menyediakan cabaran lebih besar.

Sukan itu juga kini berada di bawah pemilikan baru Liberty Media dan bekas supremo komersil Bernie Ecclestone diketepikan.

Berikut adalah perubahan akan dilihat peminat apabila kejuaraan membuka tirai saingan di Australia pada 26 Mac.

> MASA SEPUSINGAN

Kereta dijangka membuat pusingan tiga hingga lima saat lebih pantas disebabkan perubahan aerodinamik dan tayar. Masa sepusingan terpantas pada pra musim di Barcelona lebih pantas berbanding mana mana catatan petak utama sejak 2007.

> TAYAR

Tayar lebih ‘gemuk’. Tayar lebih lebar di bahagian belakang daripada 325mm kepada 405. Tayar depan 305mm berbanding 245mm sebelum ini. Saiz rim tidak berubah.

Pembekal tayar Pirelli menjangkakan tayar memberikan 25 peratus lebih cengkaman dan tahan lebih lama yang bermakna kurang melakukan hentian pit.

> AERODINAMIK

Sayap depan lebih lebar kini berubah kepada 1,800mm berbanding 1,650. Sayap belakang juga lebih lebar tetapi lebih rendah untuk membantu kereta kelihatan lebih agresif.

Kereta lebih lebar, panjang dan lebih berat. Secara keseluruhan lebih menjadi 2,000mm meningkat berbanding 1,800mm iaitu sama seperti dimensi pra musim 1988.

Kereta lebih berat 20kg (722kg) dan sirip jerung kelihatan ketara di bahagian belakang kotak udara belakang kepala pemandu.

> BAHAN API

Bahan api digunakan dibenar dipertingkat kepada lima kg menjadi 105kg untuk mengimbangi peningkatan penggunaan bahan api disebabkan cengkaman tambahan. Apapun ia menjadi bukti penjimatan petrol pada penhujung sestengah perlumbaan.

> JUARA JUARA

Untuk kali pertama sejak 1994, semusim selepas Alain Prost meraih gelaran dunia kali keempat dan bersara, F1 tidak ada juara bertahan berada di petak grid selepas Nico Rosberg bersara pada Disember.

Jenson Button, juara 2009 juga sudah tidak berlumba dengan empat juara sebelum ini iaitu Hamilton, juara empat kali Sebastian Vettel (Ferrari), juara 2007 Kimi Raikkonen (Ferrari) dan juara dua kali Fernando Alonso (McLaren).

> PASUKAN

Grid perlumbaan mengecil kepada 10 pasukan dan 20 pemandu berikutan ketiadaan Manor.

Toro Rosso bertukar enjin daripada Ferrari kepada kuasa Renault.

> PERLUMBAAN

Musim ini mempunyai 20 perlumbaan satu kurang berbanding tahun lalu disebabkan ketiadaan Jerman atas sebab kewangan dan tiada tambahan litar baru.

> MUKA BARU

Button, Rosberg, Felipe Nasr (Brazil) dan Esteban Gutierrez (Mexico) tidak berada di grid.

Musim ini menyaksikan penampilan pelumba Belgium Stoffel Vandoorne di McLaren dan pemandu Kanada berusia 18 tahun Lance Stroll bersama Williams.

Pertukaran pasukan adalah Valtteri Bottas (Finland) ke Mercedes, Esteban Ocon (Perancis) ke Force India, Pascal Wehrlein (Jerman) ke Sauber, Kevin Magnussen (Denmark) ke Haas dan pemandu Jerman Nico Hulkenberg menyertai Renault.

(myMetro)

[4796376]

Facebook Comments