Google Memperkenalkan Family Link – Memudahkan Mengawal Dan Urus Peranti Android Milik Anak

Perkembangan teknologi pada hari ini membuatkan ramai ibu bapa memberikan anak mereka telefon pintar atau tablet – sekaligus membuatkan mereka terdedah kepada beberapa perkara positif, selain tidak kurangnya negatif seperti pembaziran masa dan sebagainya.

Kini, dalam usaha mengawal dan menguruskan peranti yang dimiliki anak-anak – terutamanya dibawah 13 tahun, Google hari ini memperkenalkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan Family Link.

Melalui aplikasi berkenaan, ibu bapa boleh mengawal penggunaan peranti anak-anak mereka dengan lebih mudah, termasuk mengunci peranti anak mereka dan menyuruh anak melakukan perkara seperti mengulang-kaji pelajaran dan sebagainya.

Ibu bapa juga boleh mengelakkan anak mereka daripada mengakses sesuatu aplikasi, selain melihat jumlah masa yang dihabiskan oleh anak mereka pada sesuatu aplikasi.

Disamping itu, fungsi “Bedtime” boleh diaktifkan bagi mengelakkan peranti digunakan pada sesuatu tempoh masa – sebagai contoh dari 9 malam ke 7 pagi ke esokkan harinya.

Aplikasi Family Link ini ditawarkan dalam bentuk jemputan terhad, serta khusus untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Mungkin kita akan melihat Google memperluaskan penggunaan ke seluruh dunia, selain pada masa yang sama membawa kepada lebih banyak peranti Android dibeli untuk anak-anak.

Layari : Google Family Link

Berkaitan: Anak-Anak, Android, Family Link, Google Android, Google Family Link, Ibu Bapa, Keluarga

(Amanz Media)

[4795939]

Facebook Comments