United buru trofi Liga Europa

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Jose Mou­rinho menjelaskan, trofi Liga Europa merupakan keutamaannya berban­ding Liga Perdana England musim ini.

Mourinho, 54, mahu anak-anak buahnya merangkul kejuaraan Liga Europa agar The Red Devils layak secara automatik ke kancah Liga Juara-Juara musim depan daripada terpaksa bergelut merebut slot kelayakan dalam saingan liga domestik.

United ketika ini menghuni tangga keenam liga, ketinggalan enam mata daripada pasukan tempat keempat, Liverpool yang merupakan slot kelayakan ke saingan berprestij Eropah tersebut.

Sehubungan itu, Mourinho menganggap aksi timbal balik pusingan 16 terbaik menentang FK Rostov di Old Trafford awal pagi esok ibarat perlawanan ‘hidup mati’ skuad bimbingannya.

“Piala FA tidak akan menjanjikan tempat ke Liga Juara-Juara. Liga Europa adalah platform mudah untuk kami ke Liga Juara-Juara musim depan kerana kami perlu bermain di sana.

“Jadi, Rostov ada­lah lawan yang perlu ditewaskan jika kami mahu menang Liga Europa,” katanya.

Kelab ‘kerdil’ da­ri Rusia itu men­cipta kejutan apabila berjaya mengikat United 1-1 pada aksi pertama di Stadium Olimp-2 minggu lepas.

Dalam perlawanan itu, United terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Henrikh Mkhitaryan dalam separuh masa pertama sebelum Rostov menyamakan kedudukan melalui percubaan menarik Aleksandr Bukharov pada minit ke-53.

– Agensi

(Kosmo)

[4795879]

Facebook Comments