Felda United ikat Ceres FC

KUALA LUMPUR 15 Mac – Felda United membawa pulang satu mata dari Filipina apabila seri tanpa jaringan ketika menentang Ceres FC dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC di Stadium Panaad Park, Bacolod sebentar tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberi sebarang kesan kepada kedudukan The Fighters dalam Kumpulan G apabila kekal menduduki anak tangga tercorot dengan dua mata daripada tiga perlawanan. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4795717]

Facebook Comments