PKR mengalu-alukan penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan


WAN AZIZAH: Pimpinan PPBM akan dijemput untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: PKR mengalu-alukan kenyataan pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan hasrat PPBM menyertai Pakatan Harapan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi dan nilai-nilai demokrasi. “Kini Pakatan Harapan dibina bersama untuk menjadi sebuah kesatuan politik yang padu, progresif serta ampuh yang boleh membela nasib dan menegakkan hak rakyat.

“Oleh yang demikian, saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Pakatan Harapan mengenai usaha dan langkah untuk memperkukuhkan kesatuan politik ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pimpinan PPBM akan dijemput untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

(Astro Awani)

[4794786]

Facebook Comments