Kurang Sebulan Lagi Sebelum Microsoft Menamatkan Sokongan Untuk Windows Vista

Jika anda masih sedang menggunakan sistem operasi Windows Vista pada komputer anda, kami ada berita yang kurang baik untuk anda. Microsoft bakal menamatkan sokongan bagi sistem operasi tersebut pada 11 April kelak.

Walaupun anda masih boleh menggunakan sistem operasi tersebut tanpa masalah, selepas tarikh yang dinyatakan diatas, Microsoft tidak lagi akan memuat-naik kemaskini sekuriti, selain mana pembuat aksesori komputer lain, seperti pembuat kad grafik, papan kunci, tetikus dan sebagainya tidak lagi akan mengemaskini pemacu mereka untuk Windows Vista.

Bercakap tentang keselamatan atas-talian, Internet Explorer 9 yang digunakan oleh Windows Vista juga tidak akan diberi kemaskini baru, dan jika anda masih menggunakan pelayar web tersebut apabila sokongan Windows Vista tamat kelak, ia akan meningkatkan lagi risiko komputer anda menerima jangkitan virus atau malware.

Seperti biasa, Microsoft mengalakkan pengguna beralih ke sistem operasi Windows 10 terbaru untuk terus menikmati ciri-ciri terkini daripada mereka. Penghentian sokongan ini juga nampaknya tidak begitu jauh daripada kemaskini Creators Update yang bakal memberikan Windows 10 lebih banyak fungsi-fungsi baharu.

Sumber Rujukan: Microsoft

Berkaitan: Microsoft, penamatan sokongan, Vista, Windows, Windows Vista

(Amanz Media)

[4794702]

Facebook Comments