Acer Swift 5 Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3499

Acer Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan Swift 7 dan juga Swift 3 untuk pasaran tempatan. Kini, melengkapkan penawaran tersebut, Acer Malaysia turut telah mula menawarkan Acer Swift 5 untuk pasaran tempatan.

Acer Swift 5 hadir dengan rekaan kerangka logam, dilengkapi skrin bersaiz 14-inci, dijana menggunakan cup Intel Core gen-7, selain turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dan juga USB-C. Melengkapkan komputer riba ini juga adalah sokongan SSD sehingga 512GB, selain memori sehingga 8GB RAM. Acer mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan penuh.

Di Malaysia, dua variasi ditawarkan, iaitu Acer Swift 5 dengan storan 256GB pada harga RM3499, sementara Acer Swift 5 512GB pada harga RM4499.

Berkaitan: Acer Malaysia, Acer Swift 5, Acer Swift 5 Malaysia

(Amanz Media)

[4794658]

Facebook Comments