5 Features Google Yang Mungkin Kamu Tidak Tahu







Boleh dikatakan setiap hari kita akan menggunakan Google dan ia menawarkan pelbagai features. Namun, mungkin tidak semua features yang ditawarkan Google kamu ketahui seperti kamu boleh menetapkan alarm di ruangan carian serta ‘terbang’ ke angkasa.

 

1. TIMER
Kamu mahu menetapkan timer untuk tempoh masa tertentu? Jangan risau, di ruangan serach taip sahaja TIMER (JUMLAH MASA KAMU KENEDAKI). And just like that you’ve created your own simple but effective timer on your device. Senang bukan?

 

2. BUILD
Bayangkan kamu membina bangunan-bangunan di dalam peta dunia dengan menggunakan LEGO! BUILD dibangunkan sebagai platform untuk pengguna menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta dan meneroka binaan bangunan dengan menggunakan brick LEGO secara online! Kunjungi www.buildwithchrome.com/ untuk merasai sendiri pengalaman ini!
 

3. NUMBER SPEAKER
Jumlah nombor besar yang muncul dalam bentuk 7 hingga 10 digit kadangkala agak sukar untuk kita sebut. Untuk memastikan kamu mendapat sebutan yang betul, kamu boleh menggunakan Google untuk pastikan ianya betul. Taip sahaja nombor yang kamu ingin tahu diikuti dengan ‘=english’, Contoh; 577,840,000,000=english.

 

 

4. GOOGLE SKY
Ingin mengembara ke angkasa lepas dan mengetahui pelbagai pengetahuan dengan cara interaktif cukup hebat? Taip sahaja www.google.com/sky. Bila melayarinya kamu boleh mendapatkan maklumat tentang sistem solar, galaksi dan pelbagai bintang yang ditemui pakar astrologi. Percayalah, you have to try this. Cool gila kot!

 

5. FONTS
Kadangkala daam melakukan tugasan kamu perlu mencari idea untuk menggunakan jenis font yang sesuai. Google menyediakan platform mudah untuk kamu mengenalpasti font yang kamu ingin. Taip sahaja www.google.com/fonts. Kamu boleh melakukan preview dan melihat hasilnya dengan hanya beberapa klik sahaja!

 

 

(REMAJA)

[4793993]

Facebook Comments