10 Kebaikan Wasabi Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Wasabia japonica atau Eutrema Japonica ditemui di kalangan keluarga Brassicaceae berserta dengan kobis, lobak putih dan mustard. 

 

Gambar : Shutterstock

 

Akar wasabi digunakan sebagai perasa dan mempunyai aroma yang sangat kuat. Ada dua jenis wasabi iaitu Daruma dan Mazuma. Ramai orang sering mengelak dari mengambil wasabi kala menikmati juadah makanan Jepun atau Korea, sedangkan ia banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan.

 

Jadi, di sini EH! himpunkan 10 kebaikan wasabi yang mungkin anda tidak tahu.

 

1. Ciri-ciri Antimikrob

Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap isothiocynates menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Sawa Wasabi digabungkan dengan ITCs blok Helicobacter pylori. Keupayaannya adalah untuk menghapuskan bakteria serta menjadikan ia satu hidangan yang terbaik pabila disediakan bersama ikan mentah. Ingat. Ikan mentah mempunyai kecenderungan untuk menarik lebih bakteria semasa penyediaan jika ia dimakan mentah.

 

2. Ciri-ciri anti-radang

Pes wasabi adalah agen anti-radang yang sangat penting kerana ia membantu dalam menyingkirkan masalah keradangan akibat kudis dan kecederaan lain.

 

3. Anti-kanser

Ia berkaitan dengan makanan seperti brokoli dan kobis yang mana mempunyai bahan kimia yang boleh memulihkan kesihatan hati. Bahan kimia yang terkandung di dalam wasabi membolehkan hati untuk neutralize sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh kita dan menyebabkan kanser. Wasabi mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap-tahap akhir.

 

4. Kesihatan kardiovaskular

Oleh kerana ia mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok.

 

5. Wasabi dan Arthritis

Diet yang kaya dengan wasabi mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mana mampu melegakan sakit otot. Ia membantu menghalang masalah radang. Dalam masa yang sama, kandungan isothiocynates di dalam wasabi turut menolong untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma.

 

 

6. Elak kaviti

Wasabi membantu mengelakkan masalah kaviti pada gigi. Bakteria yang bertanggungjawab pada masalah ini adalah streptococcus mutans. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan yang mana wasabi menghalang penularan bakteria ini di dalam mulut dek kerana munculnya kompaun kimia isothiocynates. Isothiocynates membantu mengelakkan gula dari melekat pada gigi yang menjadi punca kaviti.

 

7. Sanitizer semula jadi

Wasabi mempunyai keupayaan untuk melawan e.coli dan staphylococcus serta bakteria pylori. Ini kerana kelebihan anti-bakterianya.

 

8. Kesan detoksifikasi

Wasabi adalah bahan detoks semula jadi yang membantu untuk menyingkirkan toksin dan karsinogen pada hati. Dengan bantuan fotokimia ia menghapuskan sebatian toksik yang tersimpan di dalam tisu lemak pada bahagian hati.

 

9. Makanan rendah kalori

Wasabi yang disediakan bersama kacang membuatkan ia hidangan makanan yang rendah kalori yang mana sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

 

 

10. Merangsang penghadaman

Kacang wasabi adalah makanan yang sangat sesuai untuk saluran usus kerana ia menghilangkan toksin berbahaya dari badan. Ini juga mempunyai kesan mengurangkan risiko menghidapi diverticulitis .Ia juga kaya dengan serat.

 

(EH)

[4793511]

Facebook Comments