Salak Madu Tanjung Belit Rebutan Peminat Di Utara

Oleh Alias Puteh

KULIM (Bernama) — Tertarik dengan kejayaan abang iparnya mengusahakan tanaman Salak Madu di Perak, pemandu lori, Zulkifli Che Rus, 46, turut cuba menanamnya sedangkan buah itu lazimnya tumbuh subur di bahagian pantai timur.

Kini, Zulkifli adalah satu-satunya penanam buah salak di daerah Kulim dan buah salaknya menjadi rebutan peminat di utara Semenanjung.

Beliau menanam lebih 1,000 pokok salak madu (atau bahasa saintifiknya Salacas zalacca), yang benihnya dibawa dari kebun milik abang iparnya Abu Seman Md.Taha, di Kampung Titi Gantung, Bota kiri, Perak…..

(BERNAMA)

[4793472]

Facebook Comments