Polis rampas 212 biji pil kuda


PASIR MAS 15 Mac – Cawangan Narkotik dan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas merampas 212 biji pil kuda dalam dua serbuan berasingan di jajahan ini semalam dan hari ini.

Serbuan di Padang Jelapang dan Bechah Semak itu berjaya menahan dua suspek berusia 22 tahun yang dipercayai pengedar pil kuda.

Ketua Polis Dearah Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, serbuan pertama, di Kampung Padang Jelapang di sini semalam membawa kepada penemuan 160 biji pil kuda bernilai RM4,000 dan menahan seorang lelaki.

“Kita turut menahan seorang lelaki dalam serbuan kedua pada awal pagi tadi di Kampung Bechah Semak dan menemukan 52 biji pil kuda bernilai RM1,300.

“Kedua-dua suspek ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis Amphetamine. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4793226]

Facebook Comments