Nokia 7 Dan Nokia 8 Mungkin Menggunakan Snapdragon 660


Nokia 3, 5  dan 6 dilancarkan untuk pasaran global ketika MWC tempohari. Ketiga-tiganya walaupun kelihatan menarik hanya diperkasakan oleh pemproses kelas permulaan. Bagi peminat Nokia yang inginkan peranti lebih berkuasa, kedengaran ura-ura dua peranti seterusnya bakal diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 660.

Nokia 7 dan 8 adalah dua peranti yang menurut laporan Nokia Power User akan menggunakan pemproses yang menggunakan teknologi 14 nm. Dari segi kemampuan, Snapdragon 660 dengan lapan teras ini dipercayai setanding dengan Snapdragon 810, Kirin 950 dan Exynos 7420.

Peranti Nokia dengan Snapdragon 835 dipercayai akan dihasilkan kelak tetapi dengan Samsung memborong kesemua pemproses ini untuk Galaxy S8, pengeluar lain harus melengahkan penggunaannya pada peranti baru mereka.

Sumber Rujukan: Nokia Power User

Berkaitan: Nokia 7, Nokia 8, Qualcomm Snapdragon 660, Snapdragon, Ura-Ura

(Amanz Media)

[4792710]

Facebook Comments