Pelan Struktur KL 2020 dilanjutkan ke 2050


KUALA LUMPUR 15 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melanjutkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DKLCT2020) kepada DKLCT 2050 dengan melihat perkembangan pasaran hartanah terkini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, bagaimanapun perkara itu masih diperingkat perbincangan semua pihak untuk memastikan perancangan penstrukturan dapat dilaksanakan mengikut pelan ditetapkan.

“Perancangan itu diwujudkan pada tahun 2007 dan akan berakhir pada tahun 2020. Tinggal lagi tiga tahun sahaja.

“Jadi perkara ini sedang dilihat dan dikaji semula dengan melihat semua aspek untuk digazetkan termasuk kawasan tapak penjaja dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar Zon Khas Motosikal di Lampu Isyarat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

(Utusan Online)

[4792375]

Facebook Comments