Lesung Pipit, Kecacatan Yang Sempurna?


Tahukah kamu lesung pipit sebenarnya cacat yang sempurna?

 

Ya, sesiapa sahaja yang miliki lesung pipit memang beruntung kerana sering dikaitkan dengan gelaran-gelaran yang sedap di dengar seperti manis dan sebagainya.

 

Malah ia juga menjadi simbolik kecantikan buat para gadis .

 

Namun tahukah kamu sebenarnya lesung pipit ini merupakan salah satu kecacatan anggota badan yang kekal?

 

Ia terbentuk kerana otot zygomaticus utama lebih pendek atau kecil dalam bentuknya. Logiknya, apabila ia di beri ‘tekanan’ otot ini akan tertarik ke atas dan akhirnya menyebabkan pembentukan lubang di bahagian pipi.

 

Menurut laporan The Daily Gen, hanya 20% daripada manusia akan memiliki lesung pipit.

 

Jangan terkejut, walaupun ia boleh diwarisi melalui genetic namun ia tidak semestinya akan kekal selamanya.sebenarnya, ia juga boleh menjadi pudar dan hilang.

 

Bagimana? Tentulah dari faktor penambahan berat badan dan penuaan.

 

Sungguh pun begitu, ramai orang sanggup lakukan apa sahaja untuk miliki ‘kecacatan sempurna’ ini. Ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk miliki lekukkan di pipi dan ada juga sanggup mencederakan wajah agar ia memberi kesan.

 

Selain lekuk di pipi, lekukkan dagu ala Dato Siti Nurhaliza juga menjadi kegilaan ramai untuk nampak cantik dan berseri. Nah kami kongsikan video dan ‘cheat tip’ untuk miliki ‘kecacatan’ ini.
 

 

 

(REMAJA)

[4792025]

Facebook Comments