iPhone SE lebih murah



iPhone SE kini berharga hanya RM1,699 (bagi storan 16GB) iaitu kurang RM250 berbanding harga asal, RM1,949 selepas hampir setahun dilancarkan.

Dalam laman e-dagang, Switch, iPhone SE 16GB dijual murah namun model 64GB kekal berharga RM2,199.

Ia mempunyai rekaan yang sama dengan iPhone 5 namun kuasa dalamannya seperti iPhone 6S yang dikeluarkan tahun lalu.

Telefon pintar ini menggunakan CPU A9 64 bit dengan kelengkapan pemprosesan M9 selain turut memiliki pengimbas cap jari pada butang Home.

INFO

IPHONE SE

• Harga: RM1,699

• Storan: 16GB

• Paparan: 4 inci

• Warna: Merah jambu, kelabu, perak, emas

• Resolusi paparan: 1136 x 640

• Pemprosesan: Apple A9

• RAM: 2GB

• Kamera: 12MP, 1.2MP (depan)

• Slot kad SIM: nano

• Pemprosesan: A9 64-bit

• Kenipisan: 7.6mm

• Berat: 113g

(myMetro)

[4791994]

Facebook Comments