Mana nak makan?



Masih dengan soalan cepu emas, ‘mana nak makan?’ dan mengambil masa lama untuk memesan makanan? Sebenarnya, ia terjawab sekiranya anda memanfaatkan aplikasi Slurp.

Antara kaedah moden untuk lepak di restoran atau kafe sudah pasti hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.

Melalui aplikasi Slurp, anda boleh mencari lokasi restoran berdekatan dan memesan makanan terlebih dulu.

Malah, ketika anda duduk di meja, hanya halakan kamera ke kod QR sebelum menu anda akan disediakan sejurus kemudian.

Ia dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan menghasilkan sistem ‘point of sale’ (POS) moden berasaskan perkomputeran ‘cloud’ sepenuhnya dinamakan Slurp.

Aplikasi terbabit juga membolehkan pelanggan melihat restoran berdaftar dengan Slurp yang berada di sekitar mereka.

Konsep ini juga tidak memerlukan pelayan yang ramai untuk mengambil pesanan dan pekerja restoran manakala kafe boleh menumpukan usaha menyediakan makanan.

Mudah bukan?

(myMetro)

[4791947]

Facebook Comments