Microsoft Teams Dilancarkan Secara Rasmi Kepada Semua Pengguna Office 365

Microsoft hari ini secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan terbaru mereka yang juga merupakan pesaing kepada Slack, iaitu Microsoft Teams. Ia sebelum ini telah diperkenalkan dalam bentuk preview kepada sebilangan pengguna, dan hari ini ia telah mula ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia.

Microsoft Teams merupakan salah satu perkhidmatan kolaborasi yang ditujukan kepada perusahaan, kumpulan pengguna, sekolah dan sebagainya. Melaluinya, ia memaparkan antaramuka berbentuk permesejan, tetapi dengan integrasi pelbagai aplikasi lain seperti Skype, Office, OneDrive, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Office 365, anda boleh menggunakannya hari ini, dan para pentadbir IT di pejabat, boleh mengaktifkannya melalui laman pengurusan Office 365 bermula hari ini.

Berkaitan: Microsoft, Microsoft Teams, Slack, Teams

(Amanz Media)

[4791893]

Facebook Comments