Prototaip Peranti Skrin Boleh Lipat Akan Dihasilkan Samsung Pada Suku Ke-Tiga 2017


Peranti skrin boleh lipat Samsung bukan lagi rahsia. Ia dihasilkan di bawah Project Valley dengan beberapa paten peranti ini telahpun tertiris ke arena web. Laporan terkini dari ET News Korea mengatakan Samsung akan mula menghasilkan prototaip secara besar-besaran pada suku ke-tiga 2017.

Ini juga bermakna prototaip ini mungkin akan diperlihatkan kepada umum di acara IFA Berlin yang berlangsung pada bulan September. Dengan rekaan peranti yang semuanya seakan sama sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, mungkin peranti boleh lipat akan memberikan perubahan. Antara ura-ura menarik ialah Project Valley mampu berubah dari sebuah peranti 5″ menjadi tablet 7″.

Sumber Rujukan: ET News

Berkaitan: Project Valley, Prototaip, Samsung, Skrin Boleh Lipat

(Amanz Media)

[4791062]

Facebook Comments