Pendakwah luar lalui tapisan keselamatan


KUALA LUMPUR 14 Mac – Pendakwah agama dari luar negara perlu melalui tapisan ke­selamatan dan di­berikan tauliah sementara oleh pejabat mufti negeri sebelum dibenarkan bercera­mah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sentiasa memastikan penceramah dikenal pasti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan antara kaum dan agama lain.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, pendakwah, Dr. Zakir Naik merupakan seorang pendakwah terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia.

“Ceramah yang beliau jalankan juga langsung tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan malah setiap cera­mah beliau sering dihadiri tokoh agama bukan Islam,” kata­nya.

Beliau berkata de­mikian ketika menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Bachok) mengenai pendirian kerajaan terhadap kehadiran Dr. Zakir di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata, kerajaan akan mengambil langkah pene­rangan yang sewajar­nya terhadap pihak yang terus mempersoalkan kehadiran Dr. Zakir ke negara ini.

(Utusan Online)

[4790486]

Facebook Comments