PPBM bakal hantar permohonan rasmi gabung dengan Pakatan Harapan – Dr Mahathir


DR MAHATHIR: “Selain daripada menggunakan nama yang baharu, jika dipersetujui, serta logo atau simbol yang baharu, kita juga harus mempunyai manifesto yang dipersetujui bersama.” – Gambar fail

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat permohonan rasmi untuk menubuhkan sebuah gabungan politik baharu bersama Pakatan Harapan.

Namun, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan tersebut harus berada di bawah satu logo baharu serta manifesto yang dipersetujui bersama. Ini penting, menurut Dr Mahathir, dalam usaha untuk memastikan pertembungan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Selain daripada menggunakan nama yang baharu, jika dipersetujui, serta logo atau simbol yang baharu, kita juga harus mempunyai manifesto yang dipersetujui bersama.

“Ini adalah keputusan yang kami capai dalam mesyuarat MPT hari ini,” katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

(Astro Awani)

[4788928]

Facebook Comments