RUU 355: Tiada pendirian rasmi sehingga dibentang di Parlimen – PPBM


MUHYIDDIN: “Selagi kami tidak tahu format akhirnya, agak sukar untuk kami menyatakan pendirian.” – Gambar fail

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan membuat pendirian rasmi berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak boleh memberikan persetujuan kepada RUU 355 selagi butiran mengenainya masih belum jelas. “Selagi kami tidak tahu format akhirnya, agak sukar untuk kami menyatakan pendirian,” kata Muhyiddin pada sidang akhbar Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

(Astro Awani)

[4788261]

Facebook Comments