Seberapa Kerap Seluar Jeans Kamu Perlu Dicuci?




Wanita memiliki sifat semula jadi di mana mereka gemar menyarung jeans yang sama jika sudah selesa menggayakannya. Oleh kerana itu, adalah penting untuk kamu tahu bagaimana menjaga seluar jeans agar dapat bertahan lebih lama.

 

Salah satu cara yang boleh diikuti adalah dengan memantau kekerapan mencuci dan menggunakan teknik cucian yang tepat.

 

Begitu banyak pendapat yang dikongsi oleh pakar fesyen dan ada yang berpendapat bahawa seluar jeans hanya boleh dicuci selepas digunakan selama empat hingga enam hari.

 

Lain pula kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO dari Levi’s ini, Chip Bhergh mengatakan bahawa seluar jeans tidak boleh dicuci di dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan seluar dengan cepat.

 

Bhergh menyarankan agar hanya membersihkan bahagian-bahagian yang kotor sahaja menggunakan berus gigi dan sesekali boleh dicuci menggunakan basuhan tangan.

 

 

Sepasang jeans yang baik tidak perlu dicuci dalam mesin basuh kecuali hanya dilakukan untuk beberapa kali sahaja.

 

Malah, menurut laman sesawang Hiut Denim’s, jeans baru yang tidak dicuci selama enam bulan sebenarnya akan lebih nampak menarik  dan masih mampu mengekalkan kualiti yang baik.

 

 

Warna indigo pada jeans juga memainkan peranan penting kerana ia akan membuatkan penampilan kelihatan hebat.

 

Jika kamu terlalu kerap mencuci jeans, warna ini akan pudar dan tampak kusam. Bahkan, penampilan kamu tidak akan lagi sehebat dulu.

 

Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah mengeringkan seluar jeans yang telah dicuci secara natural. Mengeringkan jemuran secara semula jadi mampu untuk menjadikan pakaian lebih tahan lama, berbanding menggunakan mesin pengering.

 

 

Sumber: independent.co.uk
 

(REMAJA)

[4787931]

Facebook Comments