Hobi Ini Boleh Jadi Pekerjaan Yang Sukses Dalam Kehidupanmu!



Bermula daripada hobi, jenis pekerjaan ini akan tetap berjaya dan sukses walaupun kamu tidak punya sijil dalam bidang tersebut.

 

 

Hobi: Menulis

Pekerjaan: Penulis

Sekiranya kamu suka menulis dan ada imaginasi yang tinggi, apa kata cuba untuk memberi manuskrip kepada syarkat penerbitan buku. Mana tahu karya kamu disukai dan akan diterbitkan? Tetapi, kamu perlu berlatih menulis dan banyakkan membaca. Walaupun tidak mengambil jurusan sastera, kamu juga mampu jadi seorang penulis.

 

 

 

Hobi: Menangkap gambar

Pekerjaan: Fotografer

Ya, ini adalah salah satu hobi yang akan memberi kesenangan kepada kamu di kemudian hari. Jika kamu gemar mengambil gambar dan mempunyai konsep tersendiri tentang fotografi, kamu boleh mendalaminya dengan mengikuti kursus fotografi atau kelas mengedit foto tanpa perlu memiliki sarjana dalam bidang seni. Mudah bukan?

 

 

Hobi: Bersolek

Pekerjaan: Jurusolek

Kamu suka bersolek dan sering menjadi rebutan kawan-kawan yang ingin merias wajah mereka? Nah, ini satu petanda yang baik dan boleh menjana pendapatan sebagai jurusolek. Hanya asah skil kamu melalui video tutorial di YouTube atau pergi ke kelas-kelas asas solekan yang diadakan oleh jurusolek terkemuka.

 

 

 

Hobi: Menyanyi

Pekerjaan: Penyanyi

Nah, buat kamu yang suka menyanyi, tidak ada salahnya jika kamu berlatih bernyanyi setiap hari dan menyertai sebarang pertandingan nyanyian. Hanya suara yang menjadi taruhan. Mana tahu kamu akan menjadi seorang penyanyi terkenal satu hari nanti.

 

 

Hobi: Blogging

Pekerjaan: Video Blogger

Buat kamu yang suka bercerita selancar internet, kamu boleh mengembangkan hobi kamu sebagai seorang video blogger. Lambakan artis YouTube adalah bukti kamu juga boleh berjaya dan orang ramai akan menyedari kehadiran kamu dengan video-video yang kamu lakukan. Lebih menarik, kamu mungkin akan mendapat tawaran untuk mengadakan talk show sendiri. Tidak mustahil kan?

 

(REMAJA)

[4787717]

Facebook Comments