Ketahui Maksud Simbol-Simbol di Barangan Plastik



Sejak abad ke-20, plastik merupakan material yang sering digunakan dalam hidupan harian manusia. Namun, dalam kesemua jenis plastik ini, pernahkah anda melihat bahawa terdapat logo-logo anak panah yang membentuk tiga segi dengan nombor pada barangan plastik tersebut.

Setiap simbol-simbol itu mempunyai maksudnya sendiri, bernombor dari 1 hingga 7, simbol berbentuk tiga segi bermaksud dikitar semula dan nombor mengklasifikasikan setiap plastik ke dalam kategori mereka sendiri berdasarkan bahan-bahan kimia bertoksik yang digunakan dalam plastik.

Ini merupakan kategori-kategori plastik tersebut.

Nombor 1 PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) – ciri-ciri plastik ini ialah ia licin, tahan air dan oksigen, selain tahan impak tinggi, bahan pelarut, dan boleh menampung air panas. Plastik jenis kebiasaannya PETE ini juga adalah kebiasaannya berwarna jernih / transparen dan biasanya digunakan oleh botol-botol air minuman. Plastik jenis PETE ini kemudiannya dapat dikitar semula menjadi beg, perabot, permaidani, panel dan polartec fleece.

Nombor 2 HDPE (High Density Polyethylene) – Kebiasaannya mempunyai warna pekat, plastik jenis ini merupakan salah satu dari tiga jenis plastik yang dianggap selamat untuk kesihatan. Ciri-ciri plastik ini juga ialah ia memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, dan lebih tahan lama terhadap suhu tinggi. Biasanya digunakan dalam botol susu, produk pencuci, dan bahan-bahan kosmetik. Oleh sebab sifatnya yang mempunyai risiko rendah untuk mempunyai reaksi kimia, plastik ini mampu dikitar semula menjadi pelbagai barang termasuk pen, meja, botol, dan pelbagai lagi.

Nombor 3 V atau PVC (Vinyl atau Poly Vinyl Chloride) – Plastik ini mempunyai level phalate yang tinggi, bermakna ia tidak sihat kepada badan manusia. Jenis plastik ini kebiasaannya digunakan untuk mempuat pembungkus makanan, paip, botol syampu dan peralatan perubatan. Bahan beracun ini juga telah diberi amaran supaya tidak dibakar kerana akan mengeluarkan bahan beracun jika dibakar. Plastik ini dapat dikitar semula menjadi mudflaps, panel, lantai, longkang, dan lain-lain, namun ia tidak boleh dikaitkan dengan pemakanan.

Nombor 4 LDPE (Low Density Polyethylene) – Plastik jenis ini kebanyakkannya digunakan dalam botol boleh dipicit, beg membeli-belah, pakaian, karpet, dan sesetengah pembalut makanan. Antara cirinya ialah ia agak jernih, fleksibel, dan mempunyai permukaan yang seolah-olah berlemak. Jika dari segi kegunaan dan struktur plastik, LDPE adalah sama seperti PVC, walaupun PVC mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi, namun LDPE tidak mengandungi sebanyak racun seperti PVC. Dikitar semula, LDPE banyak dijadikan tong kompos, panel, liner sampah, Jubin lantai, dan sampul surat.

Nombor 5 PP (Polypropylene) – Juga dikategorikan dalam kategori plastik yang tidak berisiko tinggi merosakkan kesihatan, PP banyak digunakan dalam bekas simpanan yogurt, botol sos, botol sirap, dan botol ubat-ubatan. Plastik ini juga merupakan antara plastik paling versatile yang boleh didapati, dengan struktur yang separa tegar, telus dan, mempunyai tahap rintangan tinggi terhadap bahan-bahan kimia, rintangan haba yang baik, dan terapung di atas air. Plastik ini boleh dikitar semula menjadi penyapu, bekas bateri, tong sampah, rak basikal, lampu signal, dan lebih lagi.

Nombor 6 PS (Polystyrene) – Polystyrene adalah sejenis bekas polisterin yang dikenal sebagai jenis plastik yang susah untuk dikitar semula bermakna ia bukan sahaja tidak sihat untuk kesihatan, malah ia juga merbahaya kepada alam sekitar, selain itu, ia juga berpotensi tinggi untuk membocorkan bahan toksik, terutama apabila dipanaskan. PS banyak digunakan dalam bekas cakera padat, kotak telur, dulang daging, dan juga bekas pakai-buang. Oleh sebab strukturnya yang susah untuk dikitar semula, banyak syarikat yang enggan menerima plastik jenis ini untuk mengitar semula.

Nombor 7 lain-lain – Plastik yang dikategorikan di bawah adalah selalulnya terdiri daripada resin plastik yang tidak boleh dimasukkan ke dalam kategori lain. Terdapat empat jenis plastik yang dikategorikan sebagai ‘lain-lain’ iaitu, SAN styrene acrylonitrile, ABS acrylonitrile butadiene styrene, PC polycarbonate, dan Nylon. Jenis plastik ini juga adalah sepatutnya dielakkan kerana kesan negatifnya yang banyak terhadap badan, seperti Bisphenol A (BPA) yang merupakan bahan hormon yang menggangu kehamilan dan pertumbuhan janin.

Plastik kategori manakah yang patut dielakkan atau digunakan? Kategori yang dianggap selamat untuk digunakan adalah 2, 4, dan 5 kerana kesan negatifnya yang tidak begitu membahayakan terhadap kesihatan manusia ataupun binatang, sebaliknya plastik dikategorikan bawah nombor 3, 6, dan 7 patut dielakkan, dan walaupun nombor 1 dianggap selamat, jika digunakan dengan berlebihan, mampu memberi kesan negatif yang teruk terhadap kesihatan.

SAFWAN SAADON

[4787619]

Facebook Comments