‘Pelayaran’ Wang Kang Doakan Kesejahteraan Hidup Rakyat

Oleh Fadzli Ramli

MELAKA (Bernama) — Malaysia unik dengan pelbagai upacara serta sambutan yang sinonim dengan identiti masyarakat berbilang kaum dan budaya dikenali seluruh dunia.

Justeru apabila rakyat dan negara kebelakangan ini menghadapi kesukaran seperti bencana, kelembapan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup, kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia itu menzahirkan cara unik untuk mendoakan kehidupan yang lebih baik.

Tanggal 9 Feb lepas satu upacara unik, yang dibawa ke Melaka oleh masyarakat Cina keturunan Hokkien dipercayai sekitar 150 tahun lepas, diadakan bertujuan mendoakan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara…..

(BERNAMA)

[4787513]

Facebook Comments