Debat Nazri, Tun M bersifat peribadi

KETUA Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bersifat peribadi selain tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat UMNO, kata Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar Musa berkata, Nazri tidak pernah merujuk perkara berkenaan kepada parti.

“Saya anggap ini adalah soal peribadi antara Nazri dan Dr Mahathir.

“Tidak ada bincang apa pun lagi, saya baca daripada laporan (media) mereka berdua setuju…,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Nazri mengesahkan beliau akan berdebat dengan Dr Mahathir di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.

Katanya, mereka akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

(BHONLINE)

[4787365]

Facebook Comments