Momen Lucu Profesor Pakar Politik Ketika Live Broadcast!



Video temu ramah seorang profesor pakar politik, Robert E.Kelly bersama saluran televisyen BBC menjadi viral apabila video durasi 40saatnya itu di ‘sabotaj’ oleh anak-anaknya.

 

Pada mulanya video yang membincangkan isu pemecatan presiden Park Geun Hye kelihatan normal dan tiada yang mencurigakan, sehinggalah salah seorang anak Kelly memasuki bilik tersebut dalam keadaan ceria untuk mengalih perhatian bapanya.

 

 

Selang beberapa saat, seorang lagi anak Kelly melepasi pintu bilik tersebut dan masuk ke dalamnya. Apa yang lebih menggelikan hati apabila melihat reaksi spontan isterinya ‘meluncur’ masuk untuk menghalang anak-anaknya dari menganggu ayahnya yang sedang berkerja.

 

Memang pantas dan cekap, si ibu terus berlari dan menarik anak-anaknya untuk keluar dari bilik berkenaan. Video ini mendapat perhatian ramai netizen sebaik sahaja video ini dimuat naik ke akaun  Facebook BBC Newsbeat dengan jumlah tontonan sebanyak 40 juta dalam masa 24 jam.

 

 

Peristiwa ini membuktikan walaupun Kelly merupakan seorang professor, namun realiti hidupnya juga tidak jauh berbeza dengan kehidupan orang lain.

 

Kelly telah berkahwin dengan isterinya, Jung-a Kim, seorang guru yoga dan kini menetap di Korea Selatan.

(REMAJA)

[4786276]

Facebook Comments