Komuniti Hidupkan Kembali Sungai Bunus

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) — Reputasi buruk Sungai Bunus yang sering dikaitkan sebagai punca kepada banjir kilat di sekitar Jalan Tun Razak, Jalan Gurney dan Kampong Bharu sudah semakin terhakis.

Projek tebatan banjir yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak enam tahun lepas telah menebus imej sungai yang sepanjang 9.2 kilometer itu, yang mana pada masa lepas sering disalah anggap oleh orang ramai sebagai longkang.

Dikenali sebagai satu-satunya sungai di Kuala Lumpur yang bermula dan berakhir di dalam bandar, Sungai Bunus – adalah anak sungai kepada Sungai Klang – bermula di Wangsa Maju, Setapak dan berakhir bertentangan Wisma Bunus di Jalan Munsyi Abdullah, di sini…..

(BERNAMA)

[4783696]

Facebook Comments