[13 Foto] Ambil Gambar Kahwin Sebelum Mati. Penghidap Kanser Guna Baki Hayat Penuhi Impian Hidup – OHBULAN!















Gaya Hidup
Berdepan dengan kenyataan menghidap kanser payudara bukanlah suatu perkara yang mudah. Terutamanya bila kita tahu yang kita takkan hidup lama. Tapi hidup perlu diteruskan. Bagi Q May Chen, 27 tahun, dia baru ingin memulakan hidup baru apabila berjaya melawan kanser 4 tahun lalu.

Namun, dua tahun kemudian, kanser itu kembali dan ianya sudah diperingkat kritikal dan tidak boleh diubati. Chen ingin menjadikan hari-hari terakhirnya lebih bermakna dengan mengambil gambar perkahwinannya secara solo.

Impian sebelum menutup mata.
Chen memberitahu dalam temubual bersama Cosmopolitan.com , sejak kecil dia memang suka bersiap, mengambil gambar dan berangan yang indah. Dia memang inginkan gambar perkahwinan yang cantik dan menanti lelaki yang sesuai.

Tapi sejak dia sakit, Chen sedar sekarang adalah masa yang sesuai. Dan dia hanya perlukan dirinya saja untuk merealisasikan impiannya.

Masa sangat berharga dan masa tidak boleh disia-siakan. Saya tak perlu tunggu, saya boleh lengkapkan impian saya sendiri.

Mimpi jadi nyata.
Chen memakai 4 gaun berbeza yang menggambarkan 4 sisi berbeza dirinya. Photoshoot ni dibuat di Gunung Yangming. Pemandangan memang lawalah. Ala-ala fairytale gitu.

Jadikan saat akhir untuk sesuatu yang bermakna.
Chen menerima banyak mesej sokongan daripada orang-orang yang mengatakan dia memberi inspirasi kepada mereka. Photoshoot dia telah berjaya untuk mengingatkan orang ramai untuk menggunakan masa yang ada kita sebaiknya.

Seterusnya, Chen berhasrat untuk memenuhi hasratnya berbulan madu di Bali. Hebat sungguh Chen. Menghabiskan sisa hidup dengan memenuhi segala impiannya. Moga jadi inspirasi buat kita.

Kredit : Cosmopolitan.com

(OHBULAN)

[4783569]

Facebook Comments