Bolehkah Mesin Undi India Digodam?

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI (Bernama) — Penggunaan mesin-mesin undi elektronik (EVMs) dianggap kaedah yang mudah dan cepat untuk menjalankan pilihan raya. Alat-alat itu dapat memberikan keputusan pilihan raya dengan cepat bagi negara seperti India yang mempunyai saiz pengundi yang amat besar.

Walaupun penganjuran pilihan raya peringkat negeri dan negara masih mengambil masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan di India, negara demokrasi terbesar dunia itu boleh mendapat keputusan dari EVMs dalam masa dua hingga tiga jam sahaja berbanding 30 hingga 40 jam jika menggunakan undi kertas.

Bagaimanapun, sejauh manakah ketepatan peranti itu? Bolehkah ia digodam untuk mencuri pilihan raya? Boleh EVMs dimanipulasi?

Ahli politik terkemuka India Mayawati percaya bahawa EVMs telah dimanipulasi untuk memberikan kemenangan luar biasa kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) di Uttar Pradesh, yang merupakan wilayah politik yang paling penting di India…..

(BERNAMA)

[4781881]

Facebook Comments