10 Gaya Pemanduan Ini Dedah Personaliti Kamu












Ingin mengenali seseorang individu itu tidak semestinya dengan hanya melalui tarikh lahir, gaya percakapan atau warna kegemarannya. Gaya pemanduan seharian juga dapat merungkai personaliti seseorang tanpa kamu sedar.

Menurut Tom Vanderbilt, pengarang buku Traffic: Why We Drive The Way We Do and What It Says About Us, menjelaskan bahawa ramai di antara kita yang menghabiskan lebih banyak masa di jalan raya berbanding makan bersama keluarga.

Hal ini menguatkan lagi kajian beliau dalam mendedahkan personaliti gaya pemanduan yang tidaklah dikatakan 100 peratus tepat, tetapi ia mungkin mempunyai persamaan dengan perwatakan sebenar diri kamu.

Jom kita lihat 10 gaya pemanduan yang sering dipandu oleh kebanyakan individu si serata dunia dan apa kaitannya dengan personaliti diri pemandu tersebut.

1. Perfectionist

Kamu telah pun belajar di sekolah memandu tentang peraturan memegang stereng dengan posisi tangan “10 dan 2” dan jika kamu mengamalkan dengan cara pemanduan ini. Kamu seorang yang sangat patuh pada peraturan.

Kamu berpendirian tetap dan menganggap setiap apa yang dilakukan perlu mengikut segala yang sudah ditetapkan. Sikap perfectionist kamu ini dapat membantu untuk mengejar kejayaan yang kamu inginkan.

2. Cool

Kamu seorang yang cool dan tidak mengambil kehidupan sebagai sesuatu yang serius. Jika menghadapi situasi yang tegang, kamu lebih mengambil pendekatan yang tenang dan bersahaja. Kamu menjadi tempat untuk keluarga dan rakan-rakan, saat mereka ingin mencari keseronokan sepanjang hari.

3. Minimalis

Lebih santai dalam pemanduan, kamu seorang yang minimalis. Kamu seorang yang tidak suka menyusahkan diri sendiri dan lebih senang jika mempunyai kawan-kawan yang bersikap terus terang dan jujur. Kamu hanya suka berkawan dengan beberapa teman rapat sahaja dan tidak suka untuk menambah kawan.

Daripada segi fesyen pula, kamu gemar memilih warna hitam untuk pakaian yang dipilih. Walaupun seorang yang suka kan kehidupan yang mudah, ia tidak bermakna kamu seorang yang membosankan. Orang lain mengagumi cara dan pendirian hidup kamu.

4. Pengembara

Seorang yang berani mengambil risiko dan gemar hidup menyendiri. Kamu suka kan aktiviti yang mencabar seperti bungee jumping dan terjun udara. Dalam soal cinta, kamu tidak takut untuk mengharungi situasi bercinta bersama pasangan dan kerana sikap kamu yang menyenangkan itu, kamu akan lebih dihormati oleh pasangan.

5. The Boss

Kamu dilihat mempunyai nilai kepimpinan semula jadi yang mempunyai pengetahuan luas untuk mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas. Individu lain akan mendapatkan nasihat daripada kamu kerana mempercayai kebolehan mu dalam mengatasi segala masalah.

6. Penyokong

People love you. Kamu seorang penceria di kalangan keluarga dan rakan-rakan. Kamu senang melihat orang lain gembira dan tidak lokek dalam memberikan sokongan buat teman-teman yang memerlukan. Kamu juga merupakan seorang pendengar yang baik dan menjadi tempat untuk rakan-rakan meminta pendapat dan nasihat.

7. Pengaman

Kamu tidak suka terlibat dalam konflik dan situasi yang membuatkan kamu tidak berasa selesa. Jika kamu mula meninggikan suara, sudah pasti orang yang dekat dengan mu berasa terkejut dan faham bahawa kamu benar-benar serius.

Kamu tidak suka masuk campur di dalam pertelingkahan orang lain, namun lebih kepada menjadi pengaman dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang lain.

8. Pelawak

Kamu mempunyai daya pemikiran yang berbeza daripada orang lain kerana kamu sering melihat sesuatu perkara itu dengan gaya ‘humor’. Seorang yang kelakar dan lebih memilih kehidupan yang gila-gila merupakan personaliti diri kamu.

Mampu membuat lawak secara spontan dan disenangi oleh ramai orang, rakan-rakanmu juga tidak mahu mencabar kamu dalam perbalahan soal kecerdasan kerana mereka pasti akan kalah.

9. Gementar

Ha, cara pemanduan ini menunjukkan kamu seorang yang merasa was-was dan sering bimbang. Kamu sering menyemak kerja berulang kali untuk memastikan segalanya dalam keadaan yang benar. Kamu akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan lebih suka melakuklan perkara yang menyeronokkan.

10. The Bulldozer

Awas! Kamu seorang super busy dan orang lain tidak dapat menghalang laluan kamu. Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, kamu lebih suka untuk meredah segala masalah yang ada.

Kamu dikagumi oleh orang lain dan mereka boleh bergantung pada kamu untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. Kamu juga seorang yang mempunyai pendirian dan matlamat yang jelas dan mampu membuatkan kamu berjaya dalam hidup.

Sumber: littlethings.com

(REMAJA)

[4781476]

Facebook Comments