Perdana SEi nadi Evo II



Dalam barisan keluarga Proton, model Perdana diangkat sebagai satu-satunya kenderaan rasmi kegunaan golongan kenamaan atau pegawai tinggi kerajaan.

Namun, di sebalik kegemilangan itu Perdana tidak lekang dilabelkan sebagai kenderaan ‘berpenyakit’ dalam kalangan kaki kereta kerana sering mengalami masalah kotak gear khususnya varian automatik.

Bagi peminat jentera ini, langkah terakhir adalah menukar enjin kepada lebih berkuasa di samping menggunakan kotak gear manual model Mitsubishi Evolution.

Di Pahang, keluaran terakhir Varian SEi pada 1999 milik Mohd Irwan Amron, 34, turut menggunakan enjin buatan Jepun daripada Evo II 4G63 bersesaran 2,000cc yang memiliki 480 kuasa kuda (hp) selepas proses modifikasi penuh.

Enjin ini menggunakan piston Wiseco 87mm manakala Turbo 20G dinaik taraf kepada TD06 dengan pelbagai aksesori lain seperti Wesgate Tial, Blow Off Tial, penapis udara K&N dan sebagainya.

Kepala silinder daripada VR4 dipakaikan sepasang Cam Pulley HKS dan turut dibantu Highcam HKS 272.

Jika bercerita mengenai enjin, banyak komponen berprestasi tinggi digunakan pemilik sehingga mampu meningkat kuasa kudanya mencecah 480hp.

Selain itu, kuasa jentera turut dibantu ngauman ekzos HKS Super Dragger dengan pantulan bunyi yang lunak. Beberapa lagi komponen lain yang masih melekat pada jentera ini adalah King Bearing, Conrod B C, Valve Spring, Unichip, Fuel Regulator Work dan banyak lagi.

Beralih pada ruangan dalaman pula, papan permukaan asal digantikan kepada Mitsubishi VRG dengan empat meter Defi pelbagai fungsi melekat padanya.

Selain itu, keseluruhan tempat duduk menggunakan kerusi Mitsubishi Eterna kecuali kerusi pemandu daripada Bride.

Sudut luaran jentera pula, sedikit berbeza jika dilihat daripada bahagian hadapan apabila rupa jentera berubah selepas kit badan termasuk bampar hadapan dan belakang menggunakan model Mitsubishi VRG.

Jentera tampak gah apabila rim Work Miester 18 inci dipasang dan tampil kelainan apabila bumbung suria Mitsubishi Evo II turut dipadankan bersama.

Bagi jentera yang cukup berkuasa ini, keseimbangan jentera dikawal suspensi boleh laras ZerOne dan kuasa hentian dikawal sistem brek Eterna Twin Port pada roda depan serta brek asal pada roda belakang.

Menurut pemiliknya, kos modifikasi mencecah RM50,000 kerana menggunakan barangan tulen Mitsubishi Evo.

SPESIFIKASI:

Proton Perdana SEi 1999

– Enjin Evo II 4G63 480hp

– Piston Wiseco 87mm

– Turbo TD06

– Kepala Silinder VR4

– Cam Pulley HKS

– Highcam HKS272

– Wesgate Tial

– Blow Off Tial

– Ekzos HKS Super Dragger

– Papan permukaan VRG

– 4 unit Meter Defi

– Kit Badan Eterna

– Kerusi Eterna

– Bucket Bride

– Rim Work Miester 18 inci

– Bumbung matahari EVO II

– Suspensi Zerone

– Brek Hadapan Eterna Twin Pot

KOS MODIFIKASI

– RM50,000

(myMetro)

[4775697]

Facebook Comments