Lasak pada harga berbaloi


Boon Siew Honda memperkenalkan model terlaris Wave Alpha MMC yang bukan sahaja lebih bergaya, malah mesra alam dan cekap bahan api.

Model terbaru itu menawarkan sistem penapisan terkini yang dapat meminimumkan pelepasan asap dan meningkatkan prestasi secara keseluruhan.

Sejak diperkenalkan November lalu, model terbaru itu pasti memenangi hati penunggang motosikal yang mahukan jentera berjenama premium dan bergaya.

Model Wave Alpha adalah peneraju pasaran kategori sesaran enjin rendah dan diakui menjimatkan bahan api, lasak dan dijual pada harga mampu milik.

Selain itu, model ini juga diiktiraf sebagai motosikal EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) dan lebih mesra alam. Wave Alpha MMC hadir dengan warna baru Biru Mutiara selain warna sedia ada Hitam Mutiara dan Merah.

Harga ditawarkan termasuk GST bermula RM4,535.74 bagi model brek gelendong dan RM4,927.94 untuk brek cakera.

(myMetro)

[4775698]

Facebook Comments