Kajian Di Barat Bongkar Mengapa Orang Asia Tak Pakai Kasut Dalam Rumah




Bagi mereka yang pernah berkunjung ke kediaman masyarakat Asia pasti sudah sedia maklum bahawa tidak dibenarkan untuk memakai kasut ketika berada di dalam rumah.

Tahukah kamu apakah sebabnya? Kasut diletakkan di luar kediaman bagi tujuan kesihatan kerana jumlah kotoran dan bakteria dan yang amat menjijikkan.

Menurut kajian yang telah dilakukan di Universiti Arizona pada tahun 1998, kira-kira 421,000 jenis bakteria yang terdapat pada kasut kamu. 96 peratus daripadanya didapati mempunyai coliforms iaitu bakteria pada sanitasi makanan dan air yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan berdarah panas.

Di samping itu, 27 peratus daripada jumlah kasut yang dikaji itu mempunyai E coli dan tujuh jenis bakteria yang lain. Antaranya ialah Klebsiella pneumoniae, bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, dan Serratia ficaria, bakteria yang menyebabkan jangkitan pernafasan.

Seorang ahli mikrobiologi juga menjelaskan dalam kajiannya bahawa 96 peratus bakteria yang ada pada kasut adalah daripada bahagian luar kasut yang kerap terkena bahan-bahan najis, berkemungkinan didapati ketika kamu memasuki tandas awam atau terpijak najis haiwan di luar rumah.

Membawa kasut ke dalam rumah akan membuka 90 hingga 99 peratus peluang untuk bakteria berpindah daripada kasut yang kotor itu ke lantai rumah yang tidak tercemar. Bayangkan rumah kamu dipenuhi dengan bakteria E Coli yang disebabkan oleh najis haiwan dan segala kuman di tandas awam, euww jijik bukan?

Kajian ini juga mendapati bahawa mencuci kasut dengan menggunakan detergen dalam mesin basuh dapat membunuh sekurang-kurangnya 90 peratus bakteria. Lantai dan permaidani juga perlu sering dibersihkan untuk menghilangkan segala bakteria yang ada.

Walau bagaimanapun, tindakan menanggalkan kasut adalah yang paling baik untuk dilakukan bagi mencegah kehadiran bakteria. Oleh sebab itu masyarakat Asia menjadikan perbuatan ini sebagai tradisi bagi menjamin kebersihan dan kesihatan kaum keluarga tersayang.

Sumber: nextshark.com

(REMAJA)

[4768767]

Facebook Comments